Kita seringkali membaca tentang berita 'Jenayah Siber' yg dipaparkan di media elektronik, dan sehingga kini jenayah ini masih berleluasa.
Ramai sebenarnya yang tidak peka dengan penipuan-penipuan seumpama ini. Antara pengguna yang menjadi mangsa jenayah siber terdiri daripada mereka yang menggunakan perkhidmatan Online Banking seperti Cimbclicks dan Maybank2u.
Penjenayah siber akan menghantar emel berantai yang meminta pengguna akaun mengemaskini no pin mereka di dalam emel tersebut, yang sebenarnya bukan dari pihak bank.
Pengguna akaun yang tidak peka dengan keadaan sekeliling langsung bertindak mengikut kehendak emel palsu atau spam berkenaan.
Diharap program keselamatan ICT ini dapat memberi pengetahuan yang mendalam tentang 'Jenayah Siber' kepada penguna-penguna Online Banking supaya tidak mudah tertipu di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment