Perkara yang paling membimbangkan apabila menggunakan komputer dan melayari internet tanpa sempadan ini adalah jika berlakunya serangan virus!
Virus-virus ini tidak boleh dijangka dan dari mana datangnya.
Oleh itu, adalah sangat digalakkan pada pengguna-penguna komputer agar memastikan komputer masing-masing dipasang dengan program antivirus yang banyak terdapat di pasaran sekarang.
Program antivirus ini juga hendaklah dikemaskini dari masa ke semasa selepas tamat tempoh.
Tahukah anda, virus seperti Trojan dan Worm ini sangat berbahaya kerana boleh merosakkan hardware komputer. Virus ini disebarkan melalui aktiviti memuatnaik dan memuatturun gambar-gambar atau apa sahaja melalui internet.
Sebagai langkah keselamatan, pengguna komputer haruslah melakukan imbasan virus di setiap alat seperti memorycard atau thumbdrive supaya virus dapat dikesan awal dan dimusnahkan.
Terdapat pelbagai program antivirus di pasaran sekarang. Antaranya McAfee, Kaspersky, AVG, Panda security, Norton dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment