Tuesday, 22 May 2012

Teknologi Terkini

Zaman sekarang menyaksikan perubahan teknologi yang drastik. Alat komunikasi berada di tahap paling canggih. Semuanya berkomunikasi di hujung jari! 

Untuk berkomukasi tidak lagi dengan hanya menelefon atau menghantar pesanan khidmat ringkas, tetapi dengan adanya laman sosial seperti Facebook, Twitter, Whats app, Blog dan sebagainya, pengguna dapat berhubung dengan pantas.

Contoh alat komunikasi yang telah berjaya menarik minat pembeli seperti:

iPhone dan iPad


 serta saingan terdekat Apple adalah Samsung Galaxy Note dan juga Galaxy Tab.


Monday, 21 May 2012

Tip Keselamatan ICT


sumber gambar : google

Kawalan Rahsia Kerajaan

Antara agensi kerajaan yang mengambil langkah-langkah keselamatan bagi melindungi maklumat dalam perkhidmatannya adalah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM).

JPN telah mengeluarkan Kad Pengenalan Baru yang dilengkapi 'cip' untuk melindungi maklumat warganegara Malaysia dan memudahkan pelbagai urusan.



Contoh Cip keselamatan



SPRM juga menggunakan sistem online untuk menyemak nama-nama pengundi supaya tidak berlaku kesilapan dalam daftar pemilih.

Kepentingan Sistem Biometrik pada zaman sekarang tidak dapat disangkal lagi serta dapat menghalang berlaku penipuan maklumat.

Penipuan Atas Talian & Jenayah siber

Kita seringkali membaca tentang berita 'Jenayah Siber' yg dipaparkan di media elektronik, dan sehingga kini jenayah ini masih berleluasa.

Ramai sebenarnya yang tidak peka dengan penipuan-penipuan seumpama ini. Antara pengguna yang menjadi mangsa jenayah siber terdiri daripada mereka yang menggunakan perkhidmatan Online Banking seperti Cimbclicks dan Maybank2u.

Penjenayah siber akan menghantar emel berantai yang meminta pengguna akaun mengemaskini no pin mereka di dalam emel tersebut, yang sebenarnya bukan dari pihak bank.

Pengguna akaun yang tidak peka dengan keadaan sekeliling langsung bertindak mengikut kehendak emel palsu atau spam berkenaan.






Diharap program keselamatan ICT ini dapat memberi pengetahuan yang mendalam tentang 'Jenayah Siber' kepada penguna-penguna Online Banking supaya tidak mudah tertipu di masa akan datang.

Ancaman Virus!

Perkara yang paling membimbangkan apabila menggunakan komputer dan melayari internet tanpa sempadan ini adalah jika berlakunya serangan virus!

Virus-virus ini tidak boleh dijangka dan dari mana datangnya.

Oleh itu, adalah sangat digalakkan pada pengguna-penguna komputer agar memastikan komputer masing-masing dipasang dengan program antivirus yang banyak terdapat di pasaran sekarang.

Program antivirus ini juga hendaklah dikemaskini dari masa ke semasa selepas tamat tempoh.








Tahukah anda, virus seperti Trojan dan Worm ini sangat berbahaya kerana boleh merosakkan  hardware komputer. Virus ini disebarkan melalui aktiviti memuatnaik dan memuatturun gambar-gambar atau apa sahaja melalui internet.

Sebagai langkah keselamatan, pengguna komputer haruslah melakukan imbasan virus di setiap alat seperti memorycard atau thumbdrive supaya virus dapat dikesan awal dan dimusnahkan.


Terdapat pelbagai program antivirus di pasaran sekarang. Antaranya McAfee, Kaspersky, AVG, Panda security, Norton dan banyak lagi.

Exhibitor Pameran ICT

 Antara exhibitor yang mengambil bahagian dalam pameran ICT kali ini adalah seperti berikut:

Telekom Malaysia Berhad




Cybersecurity Malaysia




Lenovo Malaysia Berhad












Panda Security Malaysia




Celcom


Jaring Communications Sdn Bhd


 Hewlett Packard (M) Sdn Bhd


Maxis


Pertandingan Yang Dianjurkan

Antara pertandingan yang dianjurkan pada 21 Mei 2012 adalah :

"Pertandingan Membina Blog" yang diadakan di Bilik Latihan 1, BPM Tingkat 6, bermula jam 9 pagi hingga 4.30 ptg.


dan "Pertandingan Pemasangan PC" yang diadakan di Foyer Wisma Pertahanan bermula jam 2.30 - 4.30 ptg.